Industri kreatif Sabah perlu ekosistem sokongan sistematik

KOTA KINABALU – Industri kreatif di Sabah yang terkenal dengan kekayaan budaya dan bakat kreatifnya masih belum mencapai potensi sepenuhnya dan perlu ekosistem sokongan sistematik dari kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin berkata, walaupun Sabah memiliki banyak sumber daya manusia berbakat, sektor ini masih kekurangan dasar dan ekosistem sokongan yang sistematik.

“Sabah memerlukan satu badan khusus yang berfungsi sebagai payung untuk mengurus dan menyokong pembangunan industri kreatif, seperti yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah dalam sektor pelancongan.

“Golongan muda yang berbakat dalam seni persembahan, media kreatif dan warisan budaya memerlukan platform yang lebih baik untuk mempamerkan bakat mereka.

“Kekurangan peluang untuk mempamerkan bakat ini menyebabkan aliran keluar bakat ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara lain,” katanya semasa membahas Ucapan Belanjawan 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Amisah turut mencadangkan Kerajaan Negeri Sabah mengambil langkah proaktif untuk membangunkan dasar yang menyokong industri kreatif termasuk memperkenalkan program pendidikan, kursus latihan dalam bidang kreatif, menyediakan dana dan memberi insentif kepada usahawan kreatif.

Jelasnya, perlindungan terhadap hak harta intelek produk kreatif juga perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) untuk memberi perhatian serius terhadap pembangunan industri kreatif di Sabah.

Related Posts

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Pengamal media di Sabah diharap terus menjadi rakan strategik kerajaan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, khususnya berkaitan pelaksanaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Pengerusi Sekretariat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang