MBI beri peluang penduduk buat bantahan cukai taksiran

IPOH – Penilaian semula cukai taksiran oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2025 mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk.

Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati ramai meluahkan rasa tidak setuju terhadap kenaikan tersebut, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang masih rapuh pasca pandemik.

Penduduk bimbang beban sedia ada akan bertambah, lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup dan harga barang yang terus melambung.

Rentetan itu, mereka menyeru agar MBI mempertimbangkan semula kadar yang dicadangkan demi meringankan tekanan komuniti.

Justeru, mengambil maklum berhubung rungutan itu, MBI memberi peluang kepada penduduk di bandar raya ini untuk mengemukakan bantahan terhadap kenaikan cukai taksiran tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihak Majlis turut berhasrat untuk memanggil semua pemilik yang telah membuat bantahan berdasarkan Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 susulan pelaksanaan nilaian baharu tersebut.

“Sebarang keputusan untuk mengekal atau menurunkan cukai yang dikenakan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Bantahan yang akan diadakan.

“Jawatankuasa mesyuarat boleh membuat pertimbangan jika pembantah menyediakan dokumen yang diperlukan iaitu dokumen sokongan yang relevan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, walaupun kadar peratusan cukai yang dikenakan di Ipoh dianggap tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 16.5 peratus, namun ia telah diturunkan kepada sembilan peratus bagi kategori bangunan kediaman dan perniagaan (sekim).

“Walaupun kadar sembilan peratus dianggap tinggi namun Majlis telah memberikan subsidi bagi mengimbangi kenaikan nilai tahunan yang tinggi,” jelas Rumaizi.

Tambahnya, senario nilai sewaan pada masa kini adalah tinggi yang akan menyebabkan pengiraan nilai tahunan baharu juga tinggi.

Ujarnya, kenaikan berganda ini akan memberi impak kepada pembayar cukai amnya.

“Ketidakseimbangan antara cukai sebenar dan cukai dibayar adalah ditakrifkan sebagai subsidi.

“Justeru, berdasarkan ekonomi semasa, Majlis tidak bercadang untuk mengubah subsidi dalam waktu terdekat,” jelas beliau.

Sehubungan itu, warga Ipoh yang ingin membuat bantahan tersebut boleh menghantar surat rasmi secara dalam talian di emel penilaian@mbi.gov.my atau secara fizikal di Jabatan Penilaian dan Hartanah sebelum 22 November ini.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah