Perak terima pakai keputusan MKI berkaitan ajaran GISBH

LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak akan menerima pakai pendirian Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berkaitan isu syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH).

MKI telah memutuskan bahawa ajaran, pegangan serta fahaman GISBH adalah sesat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, susulan itu kerajaan negeri akur dan akan mengambil langkah-langkah perlu termasuk daripada segi penguatkuasaan.

“MKI dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dan itu bermakna ia standard kepada seluruh negara. Oleh kerana ia di peringkat kebangsaan, maka kita di negeri akur.

“Sehubungan itu, kita akan melaksanakan penguatkuasaan kepada mana-mana orang yang terlibat atau melakukan amalan bercanggah sebagaimana yang diputuskan MKI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Sesi Libat Urus Bersama Pengendali Industri Pelancongan Daerah Lenggong, di Resort Tasik Raban dekat sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr Nooh Gadot mengumumkan MKI memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa Nasiruddin Mohd Ali daripada syarikat GISBH sebagai sesat kerana mempunyai ciri-ciri menyeleweng dari ajaran Islam.

Keputusan itu telah diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.

Dr Noh menjelaskan, antara fahaman menyeleweng yang dipegang oleh kumpulan itu termasuk mentakrifkan Asy Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi atau Syeikh Muhammad Suhaimi sebagai Imam Mahdi, manakala pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad, pula dianggap pembantu Imam Mahdi di akhir zaman.

Mengulas lanjut Saarani memberitahu, keputusan MKI itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang dijadual berlangsung pada 27 November nanti.

“Tidak ada keperluan untuk buat fatwa lain kerana sebaliknya kita mengguna pakai apa yang diputuskan MKI, itu sahaja,” jelas beliau.

Tambah beliau, ketika ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sedang giat melaksanakan penjagaan kebajikan kepada anak-anak terlibat sementara Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertanggungjawab melakukan pemulihan akidah kepada mereka yang terbabit.

Ditanya sekiranya kumpulan itu akan menukar nama selepas penguatkuasaan itu dilaksanakan, Saarani berkata, kerajaan negeri yakin dengan kemampuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menguruskan hal berkenaan.

“Saya yakin KDN sudah mempelajari apa yang berlaku sebelum ini.

“Kumpulan ini sering menukar nama daripada nama al-Arqam kepada Rufaqa dan kini GISBH.

“Sudah pasti KDN mengambil maklum terhadap kaedah mereka tersendiri, dan akan mengambil tindakan perlu bagi mengelakkan hal sama daripada berulang,” katanya lagi.

Related Posts

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan