Belanjawan Sabah 2025: Kerajaan teruskan pemberian bantuan pendidikan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah menerusi pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan pemberian bantuan kepada institusi pendidikan termasuk memperkenalkan beberapa bantuan baharu.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan berkenaan adalah bagi membantu pembangunan modal insan di negeri berkenaan dan menyantuni anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Antara bantuan tersebut termasuk RM120 juta bagi program Biasiswa, Dermasiswa, dan Bantuan Pelajar Negeri kepada seramai 7,130 pelajar aktif di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta mensasarkan penambahan penajaan kepada 3,000 pelajar baharu.

“Seterusnya, sumbangan kepada mahasiswa IPT dalam Sabah, iaitu SENTOSA secara ‘one-off’ sebanyak RM300 seorang yang merupakan bantuan pertama kali akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

“Bantuan Tunai Pendaftaran IPT atau BUDI secara ‘one-off’ berjumlah RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian tinggi di peringkat ijazah dan RM1,500 kepada pelajar di peringkat diploma dan matrikulasi juga diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di sini pada Jumaat.

Tambahnya, turut disertakan dalam bantuan pendidikan belanjawan berkenaan adalah Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan (SUBFLY) Subsidi RM600 seorang kepada pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan pulang ke Sabah.

“Sumbangan kegiatan sekolah Sabah secara ‘one-off’ sebanyak RM 3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah juga tidak terkecuali bagi tujuan membiayai program sekolah.

“Kerajaan Sabah juga akan meneruskan pemberian-pemberian bantuan yang lain seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) bagi membantu pelajar mendapatkan peralatan ‘Information and Communications Technology’ (ICT).

“Antara lain juga termasuk Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH): bagi menambah baik prasarana sekolah dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) bagi memastikan pendidikan berkualiti untuk semua,” katanya.

Related Posts

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18