Tiga lemas ketika lakukan aktiviti ‘water rafting’

GOPENG – Dua lelaki dan seorang wanita, menemui ajal dipercayai akibat lemas ketika mengikuti aktiviti ‘water rafting’ di Sungai Jahang, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa merupakan antara 21 peserta yang mengikuti program Team Building daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Prai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah yang dilaksanakan di situ.

Selain itu, enam pemandu peserta turut turun ke kawasan sungai bermula jam 3.30 petang.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.56 petang.

Jelasnya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Seusai tiba, terdapat tiga orang mangsa yang lemas dan dinaikkan ke tebing sungai di dua lokasi berbeza oleh orang awam.

“Mangsa yang dinaikkan ke lokasi pertama adalah seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala seorang lagi mangsa dinaikkan ke lokasi kedua, disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, tindakan Ketua Operasi mengarahkan anggota memberi rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada semua mangsa dan dibantu oleh pihak KKM.

Dalam perkembangan sama, Sayani menjelaskan, jarak perjalanan ‘rafting’ adalah sejauh enam kilometer (km) menyusuri sungai tempat dipercayai mangsa dihanyutkan.

“Arus berlaku selepas 4km perjalanan menyusuri sungai dan kesemua mangsa berjaya ditemui serta dinaikkan di kawasan yang sepatutnya aktiviti tersebut berakhir,” ujarnya.

Katanya lagi, kesemua mangsa di bawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Related Posts

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

TAWAU – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di daerah ini perlu disegerakan dan diperbanyakkan bagi menangani isu banjir berulang yang semakin membimbangkan khususnya di beberapa kawasan berisiko. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

JELEBU – Isu kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan liputan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli akan menjadi antara keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Bomba selamat 23 mangsa terperangkap banjir

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar