Projek IKR inisiatif kerajaan sedia kemudahan asas lebih baik untuk rakyat

LAHAD DATU – Projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) adalah inisiatif kerajaan untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat dengan menyediakan kemudahan asas yang lebih baik.

Demikian kata Setiausaha Politik (Supol) Menteri Ekonomi, Che Zam Hamzah yang mengadakan lawatan rasmi ke Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) bagi tujuan sesi kunjungan hormat serta meninjau tapak Projek IKR di sini pada Jumaat.

Menurut Che Zam, menjadi komitmen Kementerian Ekonomi untuk memastikan program IKR terus berkembang, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kami berharap dapat terus memperkukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan lebih banyak projek dilaksanakan untuk memenuhi keperluan masyarakat,” ujar beliau.

Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkembangan projek-projek IKR yang telah berjaya disiapkan pada tahun 2023 serta meninjau lokasi cadangan projek bagi tahun 2024.

Che Zam bersama rombongan turut melawat beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan di beberapa kawasan di Kampung Tabanak.

Antara projek yang telah siap termasuk pembinaan kemudahan asas dan infrastruktur seperti menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit.

Selain itu, beliau menekankan pentingnya hubungan yang mesra dan produktif antara pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan.

“Saya ingin menegaskan, sebagai kerajaan, kita perlu menjaga hubungan dengan rakyat. Isu-isu besar boleh diusulkan, tetapi isu-isu kecil seharusnya diselesaikan dengan segera tanpa memperbesarkannya.

“Yang penting, adalah hubungan mesra antara pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan,” tambahnya.

Katanya, penting juga untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek agar rakyat dapat merasai manfaatnya dengan lebih cepat.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak