Semua masjid Jakim disaran buat solat hajat untuk kejayaan misi PMX di Riyadh

PUTRAJAYA – Masjid utama bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran melaksanakan solat hajat mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-negara Arab dan Islam di Riyadh, Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, justeru masjid berkenaan – terutama Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya – diminta melakukan solat hajat itu selepas solat Isyak, mulai hari ini hingga Isnin.

Beliau berkata, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat itu untuk tempoh sama.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri atas ketegasan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam.

“Pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT agar perjalanan serta misi Perdana Menteri mendapat keberkatan dan mencapai kejayaan demi manfaat negara serta ummah,” katanya.

Mohd Na’im berkata, pelaksanaan solat hajat itu diharap dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara, sekali gus menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting berkenaan.

Beliau berkata, Anwar akan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa pada sidang kemuncak itu yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal membabitkan negara-negara Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga mengajak seluruh umat Islam bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita, serta turut mendoakan kesejahteraan anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang sedang bertugas di Lubnan.

“Semoga usaha kita diberkati Allah SWT, dan Malaysia terus kekal aman serta sejahtera bawah lindungan-Nya,” katanya.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk