Peruntukan tanam semula sawit tingkat hasil pekebun kecil

PUTRAJAYA – Peruntukan bagi proses tanaman semula sawit kepada pekebun kecil dapat membantu meningkatkan hasil bagi golongan berkenaan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berharap pekebun kecil dapat memanfaatkan dana bernilai RM60 juta yang diperuntukkan bagi meraih Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menyifatkan peruntukan diberikan kepada pekebun kecil sawit agak kecil, beliau bagaimanapun optimis ia dapat digunakan sebaiknya bagi membantu golongan berkenaan.

“Saya minta banyak tetapi tak semuanya dapat. Namun, ada juga penekanan diberikan kepada pekebun kecil dalam industri perladangan dan komoditi.

“Kita masih mendapat RM100 juta untuk membantu pekebun kecil supaya mereka dapat meneruskan penanaman semula (sawit).

“Walaupun tahun lalu kita dapat RM100 juta, tahun ini pun bagi lagi RM100 juta. Okaylah, ‘slowly’ (perlahan-lahan) kita buat untuk lima tahun akan datang.

“Saya harap peningkatan penanaman semula ini akan memberi hasil kepada pekebun kecil sawit di negara ini,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Mengenai peruntukan skim tanaman semula sawit, Johari membayangkan pelaksanaannya akan mengekalkan kerangka sedia ada iaitu 50 peratus berbentuk geran, manakala bakinya secara pinjaman dari Agrobank.

“Masih (kerangka pelaksanaan skim tanaman semula sawit) tetapi saya tengok tiada penerangan lanjut). Jadi saya anggap ia 50:50 (50 peratus geran dan 50 peratus secara pinjaman daripada Agrobank).

“Kalau kita dah pakai (keseluruhan peruntukan menjelang) pertengahan 2025 (atau) kalau habis cepat, nanti saya akan buat ‘special paper’ (permohonan) minta (bajet tambahan),” katanya.

Related Posts

Pembelanjaan pembangunan diunjur RM58 bilion, 70 peratus fokus pembangunan asas

PUTRAJAYA – Peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi 2027 diunjurkan sekitar RM58 bilion, dengan 70 peratus daripadanya dijangka disalurkan kepada pembangunan asas. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, jumlah itu masih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung