Belanjawan 2025: Wakil rakyat Sabah zahir terima kasih keprihatinan PM

TAWAU –  Belanjawan 2025: Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat di Dewan Rakyat mendapat respons positif dalam kalangan wakil rakyat di Sabah. 

Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Andy Suryady Bandy berkata, belanjawan yang diberikan kepada Sabah amat bertepatan dengan keperluan rakyat, terutamanya dalam menghadapi kesan inflasi dan peningkatan kos sara hidup. 

“Saya percaya Belanjawan 2025 ini akan membawa perubahan positif dan menyokong usaha kita ke arah pembangunan yang inklusif dan berdaya saing.

“Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama menyokong pelaksanaan bajet ini demi kebaikan rakyat dan negara selain bersama bergerak ke arah masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin berkata peningkatan belanjawan ini adalah hasil daripada kestabilan politik yang berjaya dibina dan dipertahankan malah terus diperkukuh melalui dasar-dasar awam yang berani dan berpandangan jauh. 

“Selaku anak jati Sabah juga, saya berterima kasih kerana negeri Sabah merupakan penerima peruntukan pembangunan yang tertinggi iaitu sebanyak RM6.7 billion selain menaikkan Pemberian Khas Sabah dan Sarawak digandakan sekali lagi kepada RM600 juta. 

“Saya melihat usaha berterusan Perdana Menteri dari aspek tatakelola dan komitmen mengurangkan hutang negara melalui langkah penjimatan merupakan ‘tiang seri’ kepada ekonomi negara yang semakin baik saban hari,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif juga senada agar rakyat Sabah dapat melihat dan bersama menyambut baik pengumuman Belanjawan 2025 yang dibentangkan memberi manfaat pada pembangunan dan rakyat Sabah. 

“Inilah hasilnya apabila pemimpin bijak dan fokus berjuang dengan cara dan ikut saluran yang betul.

“Sudah tentu, selaku wakil rakyat Kunak saya berharap Kunak tidak akan terlepas dan akan terus berusaha untuk bersuara,” katanya.

Related Posts

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan