Peningkatan peruntukan untuk Sarawak bukti komitmen rapatkan jurang pembangunan

KUCHING – Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion untuk Sarawak.

Difahamkan peningkatan tersebut sangat ketara berbanding tahun lepas iaitu RM5.6 bilion sahaja pada 2024.

Menurut Timbalan Dekan, Sekolah Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi Sarawak, Dr Rahmat Aidil Djubair, peningkatan peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

“Peningkatan peruntukan untuk Sarawak memberi harapan kepada kemajuan infrastruktur dan ekonomi yang lebih inklusif di negeri ini,” ujar Rahmat.

Tambah Rahmat, keputusan ini juga diakui sebagai langkah yang penting untuk memastikan keseimbangan pembangunan di Malaysia termasuk Sarawak.

“Sarawak kini dilihat berada di landasan yang betul untuk menandingi Semenanjung dari segi pembangunan ekonomi,” kata Rahmat lagi.

Jelas Rahmat, trend semasa juga menunjukkan proses pembangunan di Sarawak bergerak ke arah positif dengan pelbagai inisiatif yang diambil untuk memajukan ekonomi digital dan teknologi negeri.

“Sejak pelancaran ‘Digital Economy Blueprint’ pada 2018 dan diperbaharui dengan ‘Digital Economy Blueprinth 2.0 hingga 2030, Kerajaan Sarawak melaksanakan strategi yang memanfaat data secara keseluruhan dalam proses pembuatan keputusan.

“Usaha ini berjaya memastikan pembangunan yang sesuai dengan keperluan masyarakat Sarawak, sambil memastikan pertumbuhan yang mampan.

“Sarawak juga merupakan negeri peneraju dalam pembangunan ekonomi digital melalui pelaburan dalam infrastruktur dan teknologi digital yang luas.

Ujar Rahmat lagi, antara kejayaan terbesar Sarawak ialah menjadi negeri peneraju dalam pembangunan ekonomi digital dan pelaburan dalam teknologi hidrogen sebagai tenaga alternatif bersih.

“Selain itu, Sarawak juga memberi tumpuan kepada teknologi aeroangkasa dan marin, serta penubuhan Sarawak Artificial Intelligence Centre (SAIC), yang menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata, Sarawak diyakini akan terus memacu pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di peringkat nasional.

“Kerajaan Sarawak mengutamakan transformasi digital bagi pengumpulan data untuk ketepatan dalam pembuatan keputusan dan penerapan teknologi canggih.

“Saya yakin Sarawak bukan sahaja akan terus maju, malah akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan,” jelas beliau lagi.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung