Aktiviti persundalan tukar taktik operasi di medan selera

KEDAI makan dan medan selera sekitar Jalan Pudu serta Jalan Loke Yew dekat sini, dikenal pasti sebagai kawasan panas tumpuan aktiviti persundalan terbaharu di ibu negara.

Mendedahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, modus sindiket terbabit semakin kreatif dengan menjadikan premis berkenaan sebagai lokasi mengiklankan perkhidmatan persundalan.

Katanya, lokaliti dikenal pasti KL Strike Force itu menjadi cabaran baharu, selain turut mengakui tindakan membanteras kegiatan persundalan sudah mula berpindah dari premis konvensional ke platform digital ketika memasuki era pascanormal.

“Lebih-lebih lagi apabila rumah inap, hotel dan kediaman peribadi turut dijadikan sarang aktiviti ini.

“Justeru, kerajaan menyeru komuniti setempat menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan aktiviti seumpama ini kepada Adu@KL 2.0 atau mana-mana saluran aduan agensi yang menjadi ahli KL Strike Force.

“Aduan berkaitan aktiviti persundalan ini boleh dibuat semudah dengan menggunakan hashtag #KLStrikeForce di hantaran media sosial,” katanya ketika sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) dan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai premis aktiviti persundalan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanterasnya.

Mengenai tindakan penguatkuasaan, Dr Zaliha berkata, empat daripada 11 premis perniagaan dipantau menerusi empat operasi bersepadu sehingga September lalu, ditutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana dikendalikan sepenuhnya warga asing.

Selain itu, katanya, 15 premis daripada 59 premis dipantau dalam lapan Tindakan Khas Ke Atas Premis Perniagaan Warga Asing ditutup serta-merta, manakala 53 notis kesalahan dikeluarkan, 22 tindakan sitaan dilaksanakan dan 22 kertas siasatan sudah dibuka.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah