Kuskop komited tingkatkan infrastruktur peniaga kecil di Sabah, Sarawak

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menegaskan komitmennya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk peniaga kecil di desa dan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, tahun ini kementerian telah diperuntukkan RM20 juta bagi pelaksanaan projek Tamu Desa, termasuk RM1 juta untuk persatuan penjaja.

Beliau berkata, bermula tahun 2024 Kuskop bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak melaksanakan program Tamu Desa yang melibatkan peruntukan RM9 juta untuk Fasa Satu.

“Fasa ini merangkumi kerja bina baharu dan naik taraf sebanyak 36 tapak di Sabah dan 13 tapak di Sarawak.

“Antara projek yang akan dinaik taraf adalah Agro Bazaar Batu 32 di Sandakan dengan kerja dijadualkan bermula tidak lama lagi,” katanya pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Katanya, surat pelantikan Pegawai Daerah sebagai Pegawai Penguasa Projek di Sabah telah diserahkan pada 16 Oktober 2024.

Beliau berkata demikian semas menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Libatan, Datuk Suhaimi Nasir yang bertanya adakah Kementerian bercadang untuk menyenaraikan Tamu Gum-Gum, Batu 16, Sandakan dalam projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa.

Dalam pada itu, katanya, Kuskop juga bersedia mempertimbangkan cadangan projek Tamu Desa di Tamu Gum-Gum, Batu 16, Sandakan untuk pelaksanaan pada tahun 2025.

Jelas Ewon, permohonan projek boleh dibuat melalui Pejabat Daerah bagi penyelarasan selanjutnya.

Tambahnya, untuk fasa dua Kuskop telah mengenal pasti 17 tapak di Sabah dan 20 tapak di Sarawak untuk pembangunan.

Related Posts

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan. Program yang menghimpunkan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.   Timbalan Menteri di Jabatan Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

Penyertaan 30 peratus Wanita UMNO perlu diterjemah kepada peluang sebenar

Penyertaan 30 peratus Wanita UMNO perlu diterjemah kepada peluang sebenar

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

Akmal Saleh sebak kenang pemimpin Pemuda UMNO yang telah pergi selamanya

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi