Ingin bebas, ikut kawan punca ramai remaja lari dari rumah

ALASAN mahu mencari kebebasan, mengikut kawan dan kekasih serta berlaku salah faham dengan keluarga dikesan antara punca utama kes kehilangan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sejak 2020 hingga September lalu, sebanyak 3,847 kęs kanak-kanak hilang direkodkan.

“Puratanya 770 kes setahun, kurang lebih dua kes sehari. Menariknya, daripada 3,847 kes kanak-kanak hilang ini iaitu umur 18 tahun ke bawah, yang berjaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumpa semula adalah 96 peratus.

“Maknanya, bagi setiap 100 hilang, 96 kita selamatkan dan yang meninggal dunia atau apabila jumpa, sudah mati, adalah 10 kes.

“Jadi yang baki itu kita klasifikasikan sebagai masih hilang,” katanya menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) pada sesi Pertanyaan Menteri pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin berkata, dari segi kategori umur kanak-kanak dan remaja yang hilang, umur 13-15 tahun merekodkan jumlah teramai iaitu 54 peratus, sementara umur 16 hingga 18 tahun sebanyak 37 peratus.

“Paling ramai hilang juga adalah kanak-kanak dan remaja perempuan iaitu 74 peratus berbanding lelaki, 26 peratus,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah PDRM sudah dan sedang menggiatkan usaha menangani kes kanak-kanak hilang ini termasuk menerusi program kesedaran.

“Kita buat kempen kesedaran kanak-kanak. Kita juga buat kempen kesedaran wanita. Jadi program-program kesedaran ini kita tumpukan kepada ‘age bracket’ remaja yang kita sebutkan tadi (13 tahun hingga 18 tahun).

“Tahun ini saja, kita buat 457 program kesedaran membabitkan 141,000 kanak-kanak. Kalau sudah berlaku insiden hilang, kita segera ‘activate’ (aktifkan).

“Yang paling penting bila lapor kes hilang, yang pertama perlu dilakukan adalah hebahkan seluas mungkin,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan