Guru bujang cabul murid perempuan 12 tahun ditahan

IPOH – Seorang guru penolong kanan di salah sebuah sekolah rendah di sini, yang berstatus bujang ditahan pihak polis pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang mendakwa dicabul.

Menurut, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, penahanan guru berkenaan susulan pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 47 tahun ekoran insiden yang berlaku kepada anak perempuannya berusia 12 tahun.

Wanita tersebut mendakwa anaknya dipeluk dan dicium di mulut selain menerima gambar lucah daripada lelaki berusia 37 tahun itu.

Ujarnya, laporan tersebut telah dibuat jam 3 petang pada Jumaat.

“Mangsa mendakwa dipeluk dan dicium selain menerima gambar lucah daripada lelaki berusia 37 tahun itu.

“Hasil semakan rekod jenayah ke atas lelaki itu, polis mendapati tiada rekod jenayah ataupun dadah ditemui,” katanya.

Jelas beliau, permohonan reman ke atas lelaki itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh selama enam hari bermula 12 Oktober bagi siasatan lanjut.

“Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara selama sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan ibu mangsa turut menemukan gambar tidak senonoh di dalam telefon bimbit anaknya yang dihantar guru terbabit pada September, selain lelaki itu didakwa mengajar pelajar berkenaan cara membuat seks.

Juga dilaporkan suspek turut menghubungi pelajar terbabit melalui aplikasi WeChat dan Instagram.

Tambah Azizi, mangsa juga mendakwa telah beberapa kali diperlakukan begitu oleh guru penolong kanan terbabit.

“Hasil semakan juga mendapati lelaki berkenaan masih belum berkahwin dan telah berkhidmat di sekolah mangsa selama lapan bulan.

“Pihak polis memandang serius dan komited dalam menangani isu berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak terutamanya membabitkan pelajar sekolah,” tegas Azizi.

Jelasnya lagi, sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis berhubung kes tersebut, namun siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada mangsa lain terlibat atau tidak masih berjalan.

Susulan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dilaporkan berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan sesi kaunseling terhadap mangsa berkenaan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan