Jangan kelirukan rakyat berkaitan RUU Mufti

PUTRAJAYA – Tafsiran mengelirukan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 hanya akan menimbulkan salah faham dan menghalang usaha murni kerajaan memperkukuh pentadbiran Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Teguran itu ditujukan kepada semua pihak supaya tidak sesekali menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam berhubung RUU terbabit.

Beliau berkata, pelbagai dakwaan dibangkitkan segelintir pihak, antaranya berkaitan fungsi dan kuasa mufti di bawah sistem perundangan negara perlu diperbetulkan.

“Saya sekali lagi ingin menjelaskan RUU Mufti digubal bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara berhubungan dengan mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin syarak serta perkara berkaitan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.

“RUU ini memperuntukkan sembilan bahagian iaitu bahagian permulaan, mufti dan timbalan mufti, jawatankuasa fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, jawatankuasa falak syarie, jawatankuasa rukyah hilal, jawatankuasa pengawasan pengajaran agama Islam dan perunding akidah serta pelbagai.

“Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara jabatan agama Islam, mufti dan mahkamah syariah akan kelihatan lebih jelas.

“Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah dan hukum syarak di bawah bidang kuasa mufti akan ditadbir oleh akta berasingan,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Beliau menegaskan, penggubalan RUU itu sebahagian daripada usaha kerajaan memartabatkan sistem perundangan dan kehakiman bagi undang-undang diri orang Islam, seterusnya menjamin hak keadilan umat Islam di Malaysia.

Terdahulu, segelintir pihak tampil menyuarakan bantahan terhadap RUU terbabit.

Antaranya, media melaporkan beberapa kumpulan dari Sabah dan Sarawak mendakwa RUU itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menyifatkannya serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan