54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza, dengan situasi dijangka memasuki zon berisiko tinggi dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkembangan itu meningkatkan kemungkinan kapal-kapal berkenaan dipintas oleh rejim Zionis ketika misi kemanusiaan menuju ke Gaza.

“SNCC menegaskan pemintasan yang mungkin dilakukan oleh pihak rejim Zionis adalah bertujuan menyekat keabsahan koridor kemanusiaan maritim yang selama ini sah di bawah klausa UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut), yang membenarkan apa-apa jua bantuan kemanusiaan disalurkan ke tempat yang bergolak, tanpa sekatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Misi GSF itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa dari 45 negara yang digerakkan oleh pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata SNCC melancarkan empat inisiatif menerusi Sumud Protocol sebagai pelan tindakan fasa pertama menjelang fasa akhir pelayaran ke Gaza.

Menurut beliau, antara inisiatif itu melibatkan Kaukus Palestin Parlimen Malaysia yang menyasarkan sokongan sekurang-kurangnya 150 Ahli Parlimen merentas parti bagi memperkukuh solidariti terhadap isu Palestin.

“Kita perlu tahu bahawa Parlimen Malaysia berkali-kali telah mengundi dan bersetuju secara konsensus untuk mengecam tindakan terhadap rejim penjajah, dan saya kira itu adalah satu khabar baik untuk negara kita, semuanya bersatu hati untuk isu Palestin tanpa mengira apa juga parti dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata, SNCC melalui sayap perundangan Centre for Human Rights Research and Advocacy (Centhra), dengan sokongan kerajaan, akan memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap misi bantuan kemanusiaan sebelum ini.

“Ini adalah satu lagi sejarah iaitu keberanian negara bukan hanya dengan menghantar memorandum, tetapi kesatuan ini akan kita buktikan dengan memfailkan satu petisyen, satu saman kepada pihak ICC mengheret pihak penjajah ke mahkamah antarabangsa dan ini akan dimulakan seawal Jun ini,” katanya.

Selain itu, SNCC turut mengesahkan sokongan terhadap Deklarasi Brussels yang digerakkan Ahli Parlimen dari beberapa negara termasuk Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU) bagi meningkatkan tekanan diplomatik dan ekonomi terhadap rejim Zionis.

Dalam pada itu, SNCC turut melancarkan siaran langsung “100 Jam Sumud Kita Untuk Gaza” menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memaklumkan perkembangan semasa misi kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Sani Araby turut menyeru rakyat Malaysia agar terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat demi keselamatan delegasi misi serta kejayaan usaha kemanusiaan di Gaza, selain menasihatkan orang ramai mendapatkan maklumat daripada sumber sahih dan berautoriti.

Related Posts

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan mulai 30 Jun ini. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat