R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

ENGKILILI – Kemudahan Rehat dan Rawat (R&R) Engkilili kini beroperasi secara rasmi dengan menawarkan pelbagai fasiliti demi keselesaan pengguna jalan raya, sekali gus merancakkan ekonomi komuniti setempat.

Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, kemudahan yang dikendalikan oleh Sokanjaya Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dilihat mampu memberi nilai tambah khususnya kepada pengguna yang melalui laluan utama di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau telah mengadakan lawatan pemantauan ke kawasan R&R terbabit sempena hari pertama operasinya bagi meninjau tahap kesiapsiagaan dan kelancaran pengurusan fasiliti tersebut.

Menyentuh mengenai kemudahan yang disediakan, Mahra menjelaskan, R&R itu menempatkan lapan unit ruang niaga membabitkan tujuh gerai makanan dan minuman serta sebuah kedai runcit.

Menurutnya, kesemua premis perniagaan itu beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Selain itu, R&R ini turut dilengkapi kemudahan asas lain seperti tandas lelaki dan wanita, surau, pondok rehat serta kawasan parkir khusus untuk pengangkutan awam dan kenderaan persendirian.

“Kita berharap kemudahan R&R Engkilili ini dapat memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya dari aspek keselesaan, keselamatan dan ruang untuk berehat sepanjang perjalanan,” katanya.

Tambah beliau, kewujudan R&R berkenaan juga dijangka berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan menerusi peluang perniagaan yang ditawarkan kepada golongan usahawan kecil dan peniaga setempat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan