Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak.

Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu telah disaksikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Aras 5, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, inisiatif murni tersebut merupakan pencapaian membanggakan memandangkan ia adalah penyerahan zakat pertama di bawah nama entiti Sarawak Water.

Menurut beliau, entiti berkenaan merupakan gabungan strategik tiga agensi air utama iaitu Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan Laku Management yang telah dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak pada tahun lalu.

“Selain daripada amalan membayar cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kita juga dibolehkan memberi zakat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab Sarawak Water kepada Baitulmal.

“Maknanya, zakat ini boleh dipotong daripada cukai pendapatan korporat Sarawak Water oleh LHDN nanti. Itu adalah tujuan utamanya, di samping menunaikan kewajipan,” jelas beliau ketika ditemui media selepas kunjungan hormat tersebut pada Jumaat.

Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Water, Malseni Jamal menyifatkan pembayaran zakat perniagaan tersebut sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam berkongsi rezeki serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Sarawak Water sentiasa komited untuk melaksanakan tanggungjawab korporat secara mampan dan inklusif.

“Penyerahan zakat perniagaan ini bukan sahaja memenuhi kewajipan syarikat, malah mencerminkan keprihatinan Sarawak Water dalam menyumbang semula kepada masyarakat serta menyokong pembangunan sosioekonomi negeri Sarawak,” tegasnya.

Tambah beliau, syarikat juga berikrar untuk terus memperkukuhkan peranan sebagai sebuah organisasi yang berintegriti dan sentiasa mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Water, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini