Pentadbir pendidikan perlu kuasai AI

PUTRAJAYA – Pemimpin dan pentadbir pendidikan disaran menguasai perkembangan teknologi baharu terutama kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka tidak ketinggalan, sekali gus dapat melahirkan pelajar lebih berdaya saing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengetua, guru besar dan guru perlu sekurang-kurangnya memastikan pelajar mereka tahu mengenai istilah AI.

“Kalau tertinggal dan tak boleh kuasai cabang ilmu baharu seperti AI, maknanya kita sudah tertinggal jauh.

“Saya fikir isu ini sangat relevan sebab pemimpin dan pentadbiran pendidikan, perlu sekurang-kurangnya mendidik pelajar tahu istilah AI kerana itulah realiti hari ini,” katanya ketika program Bicara Eksekutif Madani di Jitra, Kedah, malam tadi.

Program itu disertai pemimpin dan pentadbiran pendidikan Zon Utara dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak serta Kelantan.

Saifuddin berkata, dalam aspek ekonomi juga, perladangan bukan lagi komoditi sebaliknya data kini menjadi sumber pendapatan baharu.

“Dunia sudah berubah, perdagangan bukan lagi komoditi seperti dulu, bijih timah, getah, sawit atau minyak dan gas, sebaliknya data ialah ‘minyak’ yang baharu,” katanya.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR