Operasi TikTok Malaysia tak terjejas walau buang pekerja

PUTRAJAYA – Tindakan TikTok mengurangkan jumlah pekerja tidak menjejaskan operasi dan hubungan kerjasama syarikat itu dengan pihak berkuasa di negara ini, khususnya dalam aspek penelitian dan saringan kandungan serta sesi Live.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan pertemuannya dengan TikTok Malaysia semalam, syarikat itu memaklumkan jumlah tenaga kerja di negara ini masih tinggi iaitu sekitar 3,700 orang dengan pemberhentian hanya membabitkan 481 pekerja.

“Malah TikTok akan membuka beberapa jawatan baharu dan menambah jumlah pekerja kerana ada beberapa perkhidmatan baharu bakal disediakan, termasuk pengkomputeran awan dan pusat data.

“TikTok memaklumkan di mana sahaja mereka beroperasi dan ada pasukan moderation, memang jumlah pekerja dalam jabatan ini berkurangan tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif kepada operasi di Malaysia.

“Ia juga tidak menjejaskan hubungan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya selepas Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares dekat Kerinchi, hari ini.

Fahmi berkata, tindakan pemberhentian dibuat syarikat itu antara lain disebabkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara meluas, untuk melakukan saringan dan moderation bagi kandungan TikTok.

“Pasukan yang mereka kurangkan saiznya dan diberhentikan pekerjanya adalah dalam kalangan pekerja yang membuat moderation secara manual.

“Di sini kita lihat secara umum kerja yang mungkin bersifat berulang dan manual, inilah jenis pekerjaan yang mungkin terkesan dengan penggunaan AI,” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Fahmi bagaimanapun turut meminta TikTok menambah moderator secara manual bagi kandungan atau sesi Live dalam bahasa Cina dan Tamil, terutama pada tengah dan lewat malam.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR