Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sistem yang dibangunkan secara bersama oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu merangkumi 10 submenu utama meliputi pelbagai komponen data strategik negara.

“Antaranya papan pemuka itu akan memaparkan maklumat berkaitan isu tenaga, komoditi, kos sara hidup, prestasi ekonomi dan aliran perdagangan.

“Ia bertujuan menjadi sumber rujukan berpusat yang telus dan mudah diakses oleh orang awam dalam memantau perkembangan semasa berkaitan krisis bekalan global,” katanya dalam sidang media Krisis Bekalan Global di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut membangunkan paparan khas dalaman yang berfungsi sebagai platform pemantauan bagi menilai perkembangan krisis, mengenal pasti risiko awal serta merangka strategi dan tindakan mitigasi secara lebih tersusun.

Menurutnya, sistem berkenaan dibangunkan berasaskan data hampir masa nyata bagi membolehkan tindakan lebih pantas dan berkesan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Ini menjadi peralihan penting dalam cara kita menguruskan krisis. Dengan penggunaan data yang hampir masa nyata, kerajaan dapat mengesan tekanan awal, menyelaras tindakan antara agensi dan pada masa sama memberi maklumat lebih jelas kepada rakyat.

“Pendekatan baharu itu juga penting bagi memastikan kerajaan lebih bersedia menghadapi ketidaktentuan ekonomi global termasuk gangguan rantaian bekalan, turun naik harga komoditi serta tekanan kos sara hidup,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik