Projek ganti paip usang di Selangor masih ‘on track’, hampir 300km

PROJEK penggantian paip usang di Selangor masih ‘on track’ dan hampir mencapai sasaran tahunan iaitu 300 kilometer.

Exco Infrastruktur Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya sedang menunggu laporan terkini daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selaku agensi yang melaksana kerja-kerja penggantian paip.

“Kerajaan negeri telah memutuskan untuk menggandakan penggantian paip daripada 150km kepada 300km dengan peruntukan ditanggung Air Selangor.

“Dalam mesyuarat bersama Air Selangor baru-baru ini telah menunjukkan penggantian paip berada pada sasaran yang betul dan hampir mencapai 300 km setahun. Kita sedang tunggu laporan daripada Air Selangor,” katanya.

Beliau berkata kepada media ketika mengadakan lawatan tapak projek talian penghantar TNB 500KV dari PMU Tapah ke PMU Bentong South melalui Hulu Selangor di Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor memaklumkan program penggantian paip daripada 150km kepada 300km setahun bermula tahun ini, kemudiannya 400km setahun pada 2034.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan setakat ini lebih 600km paip usang selesai diganti pentadbiran negeri secara berfasa sejak 2016 demi keselesaan rakyat.

Malah, Sultan Selangor turut menzahirkan kegembiraan terhadap usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kesan kenaikan tarif air.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah usaha itu dilihat menerusi inisiatif kerajaan negeri yang menyerap dan menanggung kos bagi penerima air percuma Skim Air Darul Ehsan (SADE), sekolah, masjid, surau dan rumah ibadah.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam