Kerajaan Perpaduan boleh menang besar PRU16 jika momentum Mahkota dikekalkan, terus diperbaiki – Puad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan berpotensi menang besar sekiranya momentum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dikekalkan dan terus diperbaiki.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi malah sependapat dengan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah medan sebenar untuk menguji Kerajaan Perpaduan.

“Saya setuju dengan Liew Chin Tong, PRU16 adalah medan sebenar untuk Kerajaan Perpaduan. Mampukah ia kekal atau hanya sepenggal.

“Ujiannya di PRU16. Ia melibatkan pembahagian kerusi, persafahaman jentera dan manifesto. Kuncinya ‘trust’.

“Jika momentum Mahkota kekal dan terus diperbaiki tidak mustahil Kerajaan Perpaduan menang besar,” kata Speaker DUN Johor dalam kenyataan pada Rabu.

Puad menegaskan, masa yang berbaki sebelum PRU16 wajar dimanfaatkan sebaiknya oleh Kerajaan Perpaduan bagi membuktikan keupayaan kepada rakyat.

“Apatah lagi jika tempoh hingga bulan Disember 2027 tidak dipersia siakan.

“Menteri dan kerajaan mesti buktikan kepada rakyat mereka berprestasi tinggi. Tidak ada formula karut dan jadi bahan jenaka,” gesa beliau.

Pun begitu, Puad mengingatkan bagi UMNO, hal terkait Datuk Seri Najib Razak tetap isu utama.

Chin Tong sebelum ini berkata, PRU16 medan sebenar Kerajaan Perpaduan dan usaha mesti dibuat menyakinkan ahli DAP, penyokong, dan rakyat Malaysia semuanya adalah pembina negara.

Menurut beliau, PRU16 juga merupakan ujian kemampuan gabungan perpaduan membina tatanan (aturan) politik baharu di Malaysia, demi menjadikan negara ini lebih kukuh dan stabil.

Berucap pada Konvensyen DAP Johor baru-baru ini, Chin Tong berkata, “Kita mesti meyakinkan ahli-ahli kita, para aktivis, dan penyokong kita serta rakyat Malaysia bahawa kita semua adalah pembina negara atau ‘nation builders’. Kita mesti menanam pemikiran ini dalam minda setiap rakyat Malaysia dan Bangsa Johor.”

Related Posts

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi UMNO diseru memberikan ruang dan kepercayaan kepada sayap puteri parti itu untuk digilap menjadi wakil rakyat, bukannya  sekadar memandang mereka sebagai bakal pemimpin masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyambut baik usaha penyatuan ummah membabitkan UMNO dan Pas, yang dilihat sebagai peluang untuk menyatukan semula orang Melayu, sekali gus memperkukuh politik Melayu dan kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Beri ruang, peluang lebih ramai Puteri UMNO digilap jadi wakil rakyat 

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Pemuda UMNO sambut baik penyatuan ummah bersama Pas

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

UMNO perlu jadi parti pembina negara

UMNO perlu jadi parti pembina negara

Wanita muda bawah 40 tahun perlu diberi ruang pimpin organisasi

Wanita muda bawah 40 tahun perlu diberi ruang pimpin organisasi

Ismail tinggalkan WTCKL selepas dua jam ‘mengadap’ Ahmad Zahid

Ismail tinggalkan WTCKL selepas dua jam ‘mengadap’ Ahmad Zahid