Sembilan masjid di Perak dipilih lokasi Program Sekuriti Makanan

KUALA KANGSAR – Sembilan buah masjid di Negeri Perak telah dipilih bagi melaksanakan Program Sekuriti Makanan menerusi tanaman betik membabitkan keluasan 1.7 hektar dengan peruntukan sebanyak RM86,000.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, program tersebut selari dengan usaha kerajaan negeri bagi memperluas program Bumi Hijau selain memperkasa masjid sebagai pusat pengeluaran bahan makanan.

Jelasnya, selain menjadi institusi keagamaan, peranan masjid juga sebagai pusat pengeluaran makanan dalam menjamin sekuriti makanan setempat, negeri dan negara.

Setiap masjid menerima input pertanian, iaitu benih betik jenis sekaki antara 50 hingga 100 anak pokok, baja dan racun.

“Kita turut memberi dan menyediakan khidmat bantuan melibatkan pembersihan dan penyediaan kawasan,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Sekuriti Makanan (Tanaman Betik) Masjid Negeri Perak Tahun 2024 di Masjid Al-Latiffiyah Kampung Loh, Karai, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Dr Khairil Anuar Arshad; Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Shahril Sabri; Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Perak, Tedong Anak Bugak; Pengerusi Masjid, M Fazil Majid serta Ketua Kampung Loh, Wan Azmi Wan Salleh.

Ujar Norsiyenti, selain Masjid Al-Latffiyah, antara masjid lain yang akan terlibat adalah Masjid Al Amin Kampung Jong, Gerik; Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tapah; Masjid Sultan Azlan Shah, Kampung Gajah dan Masjid Ar Ridzuan Kepala Pulau, Kampung Gajah.

Begitu juga di Masjid Jamek Baru, Gopeng; Masjid Aziziah Batu 10, Bagan Datuk; Masjid Kampung Air Kuning, Taiping dan Masjid Al Muhajirin Kampung Nibung Hangus, Kuala Kurau.

Jelas beliau, pemilihan tanaman betik jenis sekaki ditanam disebabkan permintaan buah tersebut yang sangat tinggi di pasaran.

“Kaedah penjagaan dan penanamannya juga mudah berbanding dengan tanaman buah-buahan yang lain.

“Kita juga mengharapkan program ini akan menarik lebih ramai masyarakat di pelbagai lapisan umur di samping menjana pendapatan di peringkat komuniti masjid,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Norsiyenti berkata, pihaknya turut memantau secara berkala di semua kawasan berkenaan bagi memastikan tanaman dapat mengeluarkan hasil dengan baik dalam tempoh dua hingga enam bulan.

“Apabila hasil boleh dipetik, ia terpulang kepada ahli jawatankuasa masjid sama ada hendak menjual, mengagihkan kepada masyarakat secara infak atau sebagainya.

“Cuma harapan jabatan adalah kalau dapat sebahagian besar hasil tanaman itu mampu mewujudkan sumber pendapatan kepada masjid itu sendiri, agar mereka dapat membeli semua input untuk tanaman secara berulang,” katanya lagi.

Jawatankuasa masjid tidak seharusnya memfokuskan pada tanaman betik sahaja, malah mereka diberi pilihan untuk menanam tanaman lain seperti menaman sayur dan buah-buahan komersial lain.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak