Bank Dunia naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia

PUTRAJAYA – Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2024 kepada 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus yang diunjurkan sebelumnya.

Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, berkata unjuran yang disemak semula itu ialah 0.6 mata peratusan atau 14 peratus lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini, mencerminkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan, pelaburan dan aktiviti perdagangan.

Katanya, Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dan pelaburan domestik yang kukuh pada separuh pertama tahun ini dan juga mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan dalam eksport.

Jelasnya, ringgit juga muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap asas ekonomi Malaysia.

Beliau menambah pasaran saham Malaysia juga mencatatkan rekod tertinggi pada Jun, dengan modal pasaran mencecah RM2 trilion.

“Pertumbuhan gaji median benar kekal utuh, manakala kadar pengangguran menurun kepada 3.3 peratus, kembali ke paras prapandemik dan kemiskinan tegar hampir dihapuskan, hanya 0.2 peratus isi rumah kini hidup di bawah garis kemiskinan.

“Perkembangan positif ini telah mendorong kami untuk menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia bagi 2024 kepada 4.9 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan laporan Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAP) Oktober 2024 dan Bahagian 1 Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) Oktober 2024, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Apurva berkata, walaupun petunjuk utama pasaran pekerjaan di Malaysia lebih baik, namun pengangguran berkaitan kemahiran (SRU), merujuk individu yang mempunyai pendidikan tinggi bekerja dalam pekerjaan separuh mahir atau berkemahiran rendah, telah meningkat dengan ketara dari semasa ke semasa.

Justeru, beliau berkata, menangani cabaran SRU memerlukan strategi seperti menyelaraskan pendidikan dengan permintaan industri, meningkatkan daya saing Malaysia, dan menyokong pembangunan kemahiran sepanjang hayat.

Related Posts

Projek PAKW perkukuh kesejahteraan warga kota

KUALA LUMPUR –  Ibu kota, Kuala Lumpur bakal melangkah lebih hampir menjadi bandar raya bertaraf dunia menerusi pelaksanaan beberapa inisiatif strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Perkara itu dibincangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor miliki kemampuan jadi ‘Shenzhen Asia Tenggara’

JOHOR BAHRU – Johor memiliki segala potensi untuk muncul sebagai ‘Shenzhen Asia Tenggara’ menerusi pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan menyeluruh, sekaligus mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap peluang pekerjaan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran