‘Henti jual rokok di kedai mamak’

PUTRAJAYA – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan supaya ‘kedai mamak’ tidak lagi menjual rokok.

Presidennya, Jawahar Ali Taib Khan berkata, setakat ini lebih 40 peratus daripada 12,000 premis di bawah persatuan itu tidak lagi menjual rokok.

“Saya rasa daripada lebih daripada lebih 12,000 premis, hampir 40 peratus tidak lagi menjual rokok.

“Kita tengok contoh restoran di Puncak Alam, baru tadi Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) beri surat penghargaan kerana tidak menjual rokok.

“Saya rasa ini satu hala tuju yang baik dalam industri makanan ini. Perumpamaan dia macam ini, kalau kata arak haram, kalau zaman dulu ada kedai masih jual tapi sekarang ini dah tiada dah, katanya seperti dilapor FMT.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) diwartakan 2 Februari lalu berkuat kuasa serta-merta secara berfasa bermula 1 Oktober lalu.

Ia serentak peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya yang bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape terutama dalam kalangan golongan muda.

Penguatkuasaan itu antara lain membabitkan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk terbabit.

Dalam pada itu, Jawahar Ali berkata, PRESMA menyuarakan sedikit kebimbangan dengan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Katanya, ada peruntukan dalam akta itu yang memperuntukkan premis boleh dikompaun kerana gagal menghalang orang merokok.

“Yang itu kami terkilan sikit sebab bidang kuasa kami cukup terhad, tapi kami lega kerana dapat menyampaikan pandangan kepada Menteri Kesihatan dan pegawai beliau,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap ada budi bicara daripada pegawai pemantau, selain pemantauan berkala dapat dilakukan di premis untuk membudayakan masyarakat supaya tidak merokok di premis makanan.

Related Posts

Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta baharu MARA perketat kuasa pengerusi, perkukuh integriti pengurusan

KUALA LUMPUR – Cadangan pindaan menyeluruh terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bakal memperkenalkan sistem tadbir urus lebih ketat termasuk mengehadkan kuasa pengerusi dan Ahli Majlis bagi mengelakkan penyalahgunaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat