Polis terima laporan alas kaki imej Kaabah, masjid di bazar Deepavali

POLIS Pulau Pinang menerima laporan mengenai alas kaki dibeli di bazar Deepavali di Pasar Lebuh Cecil di sini, ada imej Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

“Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit