Belanjawan 2025 tambah baik kerangka ekonomi Madani

PUTRAJAYA – Lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2025, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ini untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2025 adalah kesinambungan kepada ikhtiar kerajaan supaya Malaysia dapat menggapai wawasan kerangka Ekonomi Madani.

“Yakni melonjakkan pertumbuhan negara dan sekali gus menjunjung prinsip manusiawi untuk mengangkat darjat rakyat terbanyak,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya, beliau sudah menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2025 di Kementerian Kewangan.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua tenaga kerja yang telah bertungkus-lumus untuk merangka Belanjawan 2025,” katanya.

Belanjawan 2025 dijadual dibentang Anwar di Dewan Rakyat pada 18 Oktober depan.

Sidang Parlimen akan bermula pada Isnin depan dengan pembentangan beberapa usul oleh kerajaan termasuk bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 dijadual pada Rabu.

Anwar sebelum ini berkata, isu inflasi dan kos sara hidup juga antara yang akan diberi penekanan dalam Belanjawan 2025, selain penyasaran subsidi.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak