HUSM jadi hospital pertama di Pantai Timur miliki Invenia 2.0 kesan kanser payudara

KOTA BHARU – Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menjadi hospital pertama di Pantai Timur memiliki mesin Automated Breast Ultrasound (Invenia ABUS 2.0) bagi pemeriksaan awal mengesan kanser payudara.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed berkata, melalui peruntukan bernilai RM2 juta itu turut membabitkan sebuah bas yang akan dijadikan sebagai klinik bergerak untuk saringan kanser payudara yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau berkata, dengan penggunaan teknologi baharu ultrasonografi 3D itu ianya dapat meningkatkan ketepatan pengesanan kanser payudara bagi kaum wanita yang telah menjadi kanser nombor satu dalam kalangan wanita.

“Mesin ini telah mula digunakan di hospital ini sejak Jun lalu di mana ia dapat meningkatkan pengesanan kanser payudara sebanyak 35.7 peratus berbanding kaedah mamografi yang popular digunakan di rata-rata hospital sekarang.

“Malah, kaedah ultrasonografi 3D menerusi mesin ini juga menggunakan radiasi non-ionizing yang mana ia selamat dijalankan kepada ibu-ibu mengandung disamping kaedah pemeriksaan yang lebih cepat, selesa dan tidak menyakitkan berbanding kaedah mamografi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran Mesin Automated Breast Ultrasound (Invenia ABUS 2.0) & Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink Oktober) 2024 Peringkat Hospital USM di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM Kubang Kerian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata mengikut rekod, hampir setiap tahun seramai 100 pesakit yang menghidap kanser payudara telah mendapatkan rawatan di hospital berkenaan di mana 40 peratus daripada mereka datang sudah berada di tahap tiga dan empat.

Katanya, pengesanan awal dan rawatan yang berkesan adalah amat penting untuk mengurangkan sel kanser merebak sekaligus bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan morbiditi penyakit ini dalam kalangan pengidap kanser payudara.

“Dengan adanya mesin ini ia dapat menawarkan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan tepat, sekaligus meningkatkan peluang untuk pengesanan awal dan rawatan yang lebih berkesan kepada masyarakat sekitar. Masyarakat juga dialu-alukan untuk melakukan saringan sekurang-kurangnya sekali setahun.

“Dari segi kos, sekiranya mereka mempunyai surat jaminan kerajaan ia akan diberikan secara percuma manakala sekiranya mereka tidak mempunyai surat jaminan kerajaan ia akan dikenakan kos tertentu namun ia lebih murah berbanding kos yang dikenakan di hospital swasta lain untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Jalex mahu tarik banyak pelabur, buka peluang pekerjaan untuk anak muda

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing

Soraya tampil dengan lima tekad, komited bangunkan Sungai Balang lebih maju dan berdaya saing