Setahun berlalu, derita rakyat Gaza belum temui titik penamat

GAZA – 7 Oktober menjadi tarikh keramat permulaan mimpi ngeri buat rakyat Palestin di Gaza yang terus-terusan ditindas diatas tanah air sendiri oleh sang penjajah durjana Israel, malah tidak cukup dengan kematian, mereka terus diseksa dengan kemusnahan, kelaparan dan ketakutan.

Setahun yang lalu, tentera penjajah Israel melancarkan serangan kejam ke atas Gaza kononnya berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, membunuh hampir 42,000, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 97,100 yang lain.

Pembunuhan beramai-ramai Israel telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan yang telah menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih kurang 42 juta tan serpihan bangunan melibatkan sekurang-kurangnya 163,000 bangunan, atau dua pertiga daripada struktur sebelum perang di Gaza, telah dimusnahkan dan dihancurkan dalam perang Israel.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, 611 buah masjid dan tiga gereja musnah dan 214 masjid lain mengalami kerosakan teruk berikutan pembunuhan beramai-ramai tersebut, malah 206 tapak arkeologi dan warisan bersama 36 kemudahan sukan, stadium dan gim turut dihapuskan, lapor Anadolu.

Perubatan

Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan pada Ahad, Israel telah membunuh 146 doktor dari pelbagai kepakaran di Gaza, manakala kebanyakan ubat-ubatan dan bekalan perubatan telah kehabisan di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai tentera Israel di wilayah itu.

Dalam satu kenyataan bersempena setahun pembunuhan beramai-ramai Israel, kementerian itu berkata bahawa 83 peratus bekalan perubatan dan 60 peratus ubat tidak tersedia di hospital dan pusat kesihatan.

Kementerian juga menyatakan bahawa terdapat 25,000 pesakit dan orang yang cedera memerlukan rawatan di luar wilayah yang dikepung.

Kemusnahan besar-besaran

Menurut PBB, sekitar 67 peratus kemudahan air dan sanitasi Gaza untuk pelarian Palestin (UNRWA), telah rosak sepenuhnya manakala Biro Perangkaan Pusat dan Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin pula menganggarkan pada bulan Jun bahawa bekalan air yang ada di Gaza telah menurun kepada 10 hingga 20 peratus daripada paras sebelum perang.

Ini telah menyebabkan penurunan 94 peratus daripada jumlah air tersedia untuk penduduk Gaza, malah majoriti penduduk tidak dapat mengakses walau 4.74 liter seorang setiap hari, apatah lagi 15 liter minimum per hari yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia PBB.

Kumpulan anti-kemiskinan Oxfam berkata, 88 peratus daripada telaga air Gaza dan kesemua loji penyulingan telah rosak sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 84 peratus bagi pengeluaran air bersih, bekalan air luar daripada syarikat air Mekorot Israel juga telah dikurangkan sebanyak 78 peratus.

Menurut Oxfam, Israel telah memusnahkan 70 peratus stesen pam kumbahan Gaza dan kesemua loji rawatan air sisa dan makmal kualiti air.

Kesannya, ia telah mengakibatkan limpahan sisa-sisa kumbahan di jalan raya dan kem-kem pelarian malah ia menjadi lebih buruk ketika musim sejuk dan risiko wabak penyakit buat penduduk yang berpindah.

Sektor pendidikan Gaza juga tidak terlepas daripada serangan Israel, dengan 125 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya manakala 337 yang lain rosak, 201 kemudahan kerajaan telah diratakan sepenuhnya, seterusnya melumpuhkan keupayaan wilayah untuk menyediakan perkhidmatan awam.

Serangan dan sekatan Israel juga telah menyebabkan penyakit merebak ke seluruh wilayah Palestin di mana pada Julai, lebih 25 peratus penduduk Gaza mengalami penyakit serius yang boleh dicegah disebabkan oleh pencemaran kumbahan dan kekurangan air, kata Oxfam.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, lebih 1.73 juta orang telah dijangkiti penyakit berjangkit malah penyakit berbahaya juga seperti polio muncul semula di Gaza buat kali pertama dalam tempoh 25 tahun, mendorong organisasi kesihatan antarabangsa melancarkan kempen vaksinasi kecemasan.

Kelaparan

Sejak bermulanya perang Israel tahun lalu, sekurang-kurangnya 36 kanak-kanak telah mati akibat kekurangan zat makanan di tengah-tengah krisis makanan yang semakin teruk di kawasan itu.

UNRWA melaporkan pada bulan Jun bahawa lebih 50,000 kanak-kanak di Gaza memerlukan rawatan segera untuk kekurangan zat makanan akut manakala menurut Oxfam, satu daripada lima orang di Gaza menghadapi ‘tahap kelaparan yang teruk’.

Program Makanan Sedunia juga menganggarkan bahawa setengah juta penduduk Gaza mengalami ketidakamanan makanan yang melampau.

Kemusnahan ekonomi

Pembunuhan beramai-ramai Israel juga telah memusnahkan ekonomi Gaza, dengan kilang, ladang, dan pasar perikanan musnah malah 396 wartawan dan profesional media yang cedera, manakala 36 kes tangkapan wartawan dan 310 kes tangkapan anggota kesihatan.

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, anggaran awal dari Pejabat Media Kerajaan Gaza meletakkan kerugian ekonomi pada $33 bilion iaitu menjelang Januari, dua pertiga daripada pekerjaan yang wujud sebelum perang, mendorong pengangguran daripada 45 peratus kepada 80 peratus.

Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) melaporkan bahawa kemiskinan di Gaza telah meningkat kepada 100 peratus, meningkat daripada 50 peratus sebelum pembunuhan beramai-ramai pada Oktober.

UNCTAD juga melaporkan bahawa 80 hingga 96 peratus daripada aset pertanian Gaza, termasuk sistem pengairan, ladang ternakan, dan dusun, telah rosak sepenuhnya sekaligus memburukkan lagi ketidakamanan makanan, dengan 82 peratus perniagaan Gaza musnah.

Pembunuhan beramai-ramai

Perang Israel yang kejam telah mendorong Afrika Selatan memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Beberapa negara telah menyertai kes pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel, termasuk Turki, Nicaragua, Sepanyol, Mexico, Libya dan Colombia.

Mei lalu, mahkamah tertinggi PBB mengarahkan Israel menghentikan serangannya di bandar Rafah, selatan Gaza. Ia adalah kali ketiga panel 15 hakim mengeluarkan perintah awal untuk mengekang angka kematian yang semakin meningkat di Gaza dan mengurangkan penderitaan kemanusiaan di kawasan yang disekat.

Serangan yang dahsyat itu telah mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia menuntut penamatan segera perang Israel ke atas wilayah Palestin.

Ketika pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza berterusan, pengiktirafan antarabangsa terhadap negara Palestin dan sokongan untuk tawarannya untuk menjadi ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah berkembang.

Pada bulan Mei, Sepanyol, Norway, dan Ireland secara rasmi mengiktiraf negara Palestin, diikuti oleh Slovenia dan Armenia pada bulan Jun, ini menjadikan jumlah negara yang mengiktiraf Palestin kepada 149 daripada 193 negara anggota PBB.

Usaha pengantaraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Mesir, dan Qatar untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas telah gagal berikutan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menghentikan perang.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa