KKM beri amaran kepada 8,500 premis sejak Akta 852 dikuat kuasa

SEJUMLAH 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesalahan itu dikesan menerusi 283 operasi khas selama lima hari berakhir Sabtu lalu, membabitkan 4,481 penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita tidak mengambil tindakan penguatkuasaan seperti mengenakan kompaun sebaliknya hanya memberi amaran berbentuk literasi, pencerahan dan penjelasan.

“Bagaimanapun, sepanjang operasi itu tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap 12 perokok atas kesalahan merokok di tempat larangan.

“Bagi kesalahan merokok itu kita mengambil tindakan tegas mengikut peraturan sedia ada,” katanya dalam sidang media selepas Program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBas) peringkat negeri Selangor di Kuala Selangor, hari ini.

Akta 852 yang diwartakan pada 2 Februari lepas berkuat kuasa serta-merta dan berfasa bermula 1 Oktober, serentak dengan peraturan serta perintah di bawahnya yang bertujuan mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape terutama dalam kalangan golongan muda.

Penguatkuasaan itu antara lain membabitkan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk terbabit.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam