Kaji sistem pecah panggung Korea bagi selesaikan masalah perfileman negara

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) diminta untuk mengkaji sistem maklumat pecah panggung Korea (Kobis) yang telah digunakan sejak 2004 di Korea Selatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sistem yang digunakan Majlis Filem Korea (Kofic) itu berupaya untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan ‘real time’ (waktu nyata) berkait angka jualan tiket bagi setiap filem daripada pihak pengusaha pawagam.

“Republik Korea sememangnya memiliki industri perfileman yang sangat maju dan canggih.

“Dengan adanya data dan pelaporan tepat, Finas dapat mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh industri perfileman secara keseluruhan dengan tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri satu pertemuan bersama Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF), Park Kwang-su, Pengerusi Majlis Filem Korea (Kofic), Han Sang-Jun dan Ketua Pegawai Eksekutif Busan Cinema Centre, Kim Jae Hin di Seoul, Korea Selatan.

Tambah Fahmi, ketika ini Finas memaklumkan bahawa mereka terpaksa menunggu tempoh yang agak lama untuk mendapatkan laporan yang bukan secara masa nyata berhubung angka tersebut daripada panggung wayang.

Terdahulu, sebelum pulang ke tanah air, Fahmi turut berkesempatan untuk meluangkan masa melawat Busan Cinema Centre yang dipanggil “Dureraum” – lokasi rasmi penganjuran BIFF, iaitu antara festival filem berprestij di Asia.

Pihak Busan Cinema Centre banyak memberikan cadangan, termasuk kerjasama untuk menayangkan filem dari Malaysia menerusi festival filem yang akan dihoskan oleh mereka pada tahun depan.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar