UMNO Kedah saran henti pergeseran, ‘move forward’

ALOR SETAR – UMNO Kedah memohon agar segala pergeseran dan cabar-mencabar pasca PRK Mahkota dihentikan serta-merta.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, UMNO Kedah menyarankan agar semua pihak perlu mara ke hadapan ‘move foward’ dalam masa yang sama meletakkan perbezaan dan masalah di belakang.

Katanya, UMNO Kedah ingin mencadangkan agar UMNO mengambil kemenangan di PRK Mahkota sebagai satu loncatan untuk terus ‘bermuhasabah’ dan terus mempertingkatkan usaha memperbaiki parti demi mendapatkan keyakinan rakyat.

“Saya ingin menasihatkan mana-mana pemimpin untuk meletakkan pencapaian ‘rating’ peribadi di tepi dan pada masa sama memposisikan UMNO di unjuran paling atas dalam apa jua kenyataan dan tindakan.

“Tindakan meletakkan ‘rating’ peribadi ini dibimbangi hanya bersifat sementara dan hakikatnya tiada nilai tambah sebenar kepada parti,” katanya.

Shaiful Hazizy berkata, UMNO Kedah juga menggesa agar mana-mana pemimpin yang mempunyai perselisihan dan salah faham peribadi tidak menjadikan parti sebagai benteng.

UMNO Kedah percaya mana-mana salah faham dan persilisihan harus dan wajib diselesaikan segera mengikut diplomasi dan perundingan yang betul.

“UMNO Kedah yakin gerak kerja berpasukan dan istiqamah berlanjutan adalah azimat yang paling ampuh untuk kembali membina parti ini.

“UMNO Kedah juga percaya kemenangan di PRK Mahkota adalah satu kemenangan kecil yang perlu dimanfaatkan bagi kembali membina semangat dan untuk terus fokus bangkit semula,” katanya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar