Asrama perempuan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah terbakar

KUALA PERLIS – Sebuah asrama maahad tahfiz mengalami kerosakan selepas terbakar dipercayai disebabkan litar pintas di Jalan Kuda Air, Mengkuang Layar dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 3.30 petang.

“Sejurus mendapat panggilan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis bergegas ke Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah.

“Sepasukan enam anggota JBPM tiba di lokasi kejadian dan mendapati terdapat kebakaran di ruang asrama institusi pendidikan itu,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan pantas orang awam menggunakan alat pemadam api berjaya mengelakkan kebakaran menjadi lebih teruk dan operasi tamah sepenuhnya kira-kira pukul 4.56 petang.

“Punca sebenar kejadian dan nilai sebenar kerosakan dialami masih lagi dalam siasatan pihak forensik JBPM namun tidak melibatkan kematian atau kecederaan penghuni,” katanya.

Difahamkan, kebakaran merosakkan beberapa buah katil, dinding dan sistem pendawaian elektrik pada ruang terlibat.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak