Vesel tangki, 6 kru ditahan bawa 8,000 liter petrol tanpa kebenaran

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menahan sebuah vesel tangki bersama 8,000 liter petrol tanpa surat kebenaran yang sah pada baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kapten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP Pluto Timur /OP Khas Cegah PATI (OCP) dan OP Tiris mengesan kapal tersebut pada pukul 4 pagi ketika menuju ke Teluk Sandakan.

“Hasil pemeriksaan, kapal tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang warga tempatan  berumur 72 tahun dibantu lima anak kapal berusia 33 hingga 41 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

“Kapal tangki muatan 8,000 liter petrol itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu membawa barang kawalan tanpa kebenaran atau dokumen yang sah dan Akta Kastam 1967 kerana mengemukakan dokumen yang meragukan.

“Semua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. 

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak