Steven Sim dipilih Pengerusi DAP Pulau Pinang

PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menepati ramalan apabila dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu menggantikan Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itu selama 25 tahun sejak 1999.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu pada sidang media selepas pemilihan mengucapkan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan diberi kepada beliau dan barisan jawatankuasa kepemimpinan baharu bagi sesi 2024 hingga 2027.

“Saya ingin menegaskan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang adalah pasukan perpaduan, justeru saya menyeru semua ahli DAP supaya merapatkan saf dan berdiri sebagai sebuah pasukan kuat demi kepentingan rakyat dan parti kita.

“Kami akan terus bekerja keraas untuk mencerminkan suara dan aspirasi rakyat Pulau Pinang tanpa kompromi agar DAP terus menjadi parti pilihan rakyat di Pulau Pinang,” katanya.

Sim, 42, turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Kon Yeow atas khidmat cemerlang Ketua Menteri itu kepada parti dan rakyat selama ini.

Beliau dalam pada itu berkata, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bertekad meneruskan usaha dan perjuangan didukung pemimpin parti sebelum ini dan akan memulakan tugas diamanahkan serta-merta.

“Pada satu pihak, kami akan menyokong sepenuhnya kerajaan negeri dipimpin Kon Yeow dan juga Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya sendiri akan mengetuai delegasi untuk melawat setiap jawatankuasa Parlimen dan cawangan di seluruh negeri sekali gus menarik lebih ramai ahli baharu terutamanya anak muda untuk menyertai DAP Pulau Pinang,” katanya.

Sebagai rekod Sim sebelum ini menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang selain menggalas tanggungjawab Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok