‘Jangan malukan saya,’ pesan Zahid kepada Syed Hussien

KLUANG – “Jangan malukan saya,” demikian pesanan bermakna oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah agar membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan amanat kepada Ketua Pemuda UMNO Kluang ketika berucap di hadapan ribuan masyarakat India dalam Program Santai bersama komuniti India DUN Mahkota di Pusat Gerakan BN di Taman Sri Kluang, di sini, malam tadi.

Menurut beliau, DUN Mahkota telah dikenali sebagai kubu kuat BN dan oleh demikian, Syed Hussien perlu menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin termasuklah mengekalkan kemenangan kepada BN pada 28 September nanti.

“Pengundi India di kawasan DUN ini sejak dahulu menyokong BN sehingga DUN Mahkota menjadi salah satu kubu kuat di Johor. Daripada segi kesetiaan jangan dipertikai kerana sekali mereka mengundi pastinya kekal taat, tetapi jangan pernah khianati mereka, mereka akan ingat dan tak akan undi lagi.

“Syed Hussein ingatlah tangan ini menandatangani watikah atas persetujuan MB (Onn Hafiz Ghazi), jangan malukan saya dan mesti beri perkhidmatan dengan baik kepada masyarakat India di DUN ini,” katanya.

Terdahulu, program turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden MIC, SA Vigneswaran.

DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih dengan pecahan Melayu (56%), Cina (34%), India (8%), dan lain-lain (2%).

Sementara itu, Syed Hussien berkata beliau menyahut seruan Zahid itu supaya berkhidmat dengan baik jika dipilih sebagai wakil rakyat selepas 28 Sept depan.

“Kita tidak akan meninggalkan sesiapa pun sekiranya diberi mandat,” katanya

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok