Pelajar India boleh ikuti TVET tanpa ujian bertulis – Zahid

KLUANG – Pelajar India yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun berhasrat mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) boleh berbuat demikian menerusi ujian khas tanpa bertulis.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan pelaksanaan ujian khas itu yang akan dimulakan pada akhir tahun ini.

“Saya dapati dalam SPM lalu, lebih 10,000 pelajar tidak mengambil SPM walaupun berdaftar, saya lihat ada kelemahan di situ, mereka tidak ambil peperiksaan itu sebab tidak ada 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

“Saya mencadangkan supaya MIC dan parti India lain sama-sama dengan saya untuk pastikan jangan berlaku keciciran dalam kalangan murid-murid dan pelajar-pelajar masyarakat India di negara kita.

“Ini juga untuk memberi peluang kepada pelajar India yang keciciran dan tidak minat untuk sambung Tingkatan Empat dan seterusnya.

“Jangan ingat walaupun tanpa SPM, seoalah-olah tidak ada hari esok, seolah-olah tidak ada harapan,” katanya.

Beliau berucap pada program Santai Bersama Masyarakat India di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Taman Sri Kluang, di sini, malam tadi.

Program itu mendapat sambutan luar biasa selepas dihadiri kira-kira 5,000 penduduk India selain disertai beberapa pemimpin antaranya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Sementara itu, Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata, beliau akan berbincang dengan kepimpinan MIC untuk mencari jalan supaya dapat menggalakkan lebih ramai pelajar India khususnya yang keciciran dalam pelajaran untuk mengikuti TVET.

Jelasnya, pelajar India masih berpeluang menyambung pengajian ke peringkat universiti menggunakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3 yang diperoleh menerusi TVET meskipun mereka tidak menduduki SPM.

Malah, ujar beliau, seperti diputuskan Kabinet sebelum ini juga, pelajar yang mendapat sijil SKM Tahap 6, 7 dan 8 menerusi TVET juga adalah sama tarafnya dengan ijazah pertama daripada universiti.

“Kita mesti sediakan ekosistem pendidikan seperti ini kepada pelajar-pelajar ini (yang tercicir)… kerana negara memerlukan pekerja atau guna tenaga dalam kalangan anak-anak muda.

“Syarikat yang melabur dalam negara kita memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tanpa mengira mereka anak Cina, India, Melayu, Kadazan atau kaum-kaum lain untuk bekerja di syarikat mereka,” katanya.

Jelas beliau, usaha itu juga membantu Kerajaan Negeri Johor melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran untuk memenuhi keperluan di zon ekonomi khas yang dilaksanakan di negeri tersebut.

Katanya, setakat ini, daripada lebih 70,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan di zon ekonomi khas itu, hanya 50,000 permohonan diterima dan kerajaan negeri memerlukan lebih 20,000 lagi tenaga kerja berkemahiran untuk menyokong zon ekonomi bebas tersebut.

“Zon ekonomi bebas ini sangat penting sebab Johor sedang menuju sebagai sebuah negeri yang paling maju dan paling banyak mendapat pelaburan asing sekali gus memerlukan pekerja mahir yang boleh diisi anak-anak tempatan yang dilahirkan menerusi TVET,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok