Malaysia tubuh Akademi Keselamatan Siber

PUTRAJAYA – Akademi Keselamatan Siber Malaysia akan ditubuhkan bagi menampung keperluan kekosongan 26,000 tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) yang dipengerusikannya.

Katanya, akademi berkenaan akan menawarkan kursus berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia (CSM).

Menurutnya, pengambilan pelajar akademi itu akan dilaksanakan bagi kemasukan Januari 2025 selepas perbincangan bersama Kementerian Digital untuk menyegerakan penyediaan kursus berkaitan.

“Kursus hendaklah disegerakan kerana keperluannya amat mendesak dalam kalangan syarikat semikonduktor dan syarikat berasaskan elektronik.

“Jadi penubuhan akademi ini amat penting walaupun banyak universiti menawarkan kursus sama dari segi akreditasi tetapi akademi ini adalah sebuah badan yang menyelaraskan bentuk kursus diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan MTVET dan Sesi Libat Urus 66 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Syarikat Swasta bersama 12 kementerian TVET di sini, hari ini.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

PRU16: PH berada dalam kedudukan stabil, BN- PN berdepan masalah kerjasama

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji