Kamil Munim dakwa Pas ‘alih tiang gol’, elak bahas dapatan RCI Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Sikap parti pembangkang Pas yang lebih berminat mencari ruang untuk membantah tindakan kerajaan berkenaan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan tidak wajar.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyifatkan tindakan itu umpama mengamalkan politik ‘mengalih tiang gol’ apabila mempersoalkan masa pendedahan bukannya menumpukan perhatian kepada kandungan laporan berkenaan.

“Apabila kerajaan membentangkan dapatan RCI Tabung Haji baru-baru ini, mereka tidak berminat untuk membahaskan kandungan dalam laporan tersebut. Sebaliknya disoal pula mengapa ia didedahkan sekarang.

“Kalau didedahkan lebih awal, mungkin mereka akan kata tergesa-gesa. Begitulah wajah dan kualiti Pas sebagai pembangkang hari ini apabila matlamatnya bukan tabayyun atau mencari kebenaran, tetapi memastikan mereka sentiasa membangkang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kamil turut mempersoalkan bilakah waktu yang dianggap sesuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas untuk laporan RCI itu didedahkan.

“Selepas PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah? Sebelum PRN Johor? Selepas selesai PRN Negeri Sembilan? Atau mungkin sebelum PRN Sarawak? Atau selepas PRN Melaka?

“Mungkin tunggu sahaja selesai PRU16?” katanya.

Menurut beliau, apa juga masa laporan berkenaan didedahkan, pihak tertentu tetap akan mencari isu lain untuk dipersoalkan.

“Kita buka satu medan, mereka akan segera membuka medan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Kamil berkata tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang dikenal pasti terlibat dalam isu berkaitan Tabung Haji sudah pun berjalan, termasuk beberapa tangkapan dan kemungkinan pendakwaan terhadap mereka yang terlibat.

Beliau berkata, Parlimen juga telah menyediakan ruang untuk laporan RCI berkenaan dibahaskan secara terbuka oleh Ahli Parlimen.

“Saya harap Pasir Mas yang bergeliga ini akan mengambil bahagian dalam sesi tersebut dengan membentangkan hujah-hujah yang benar-benar berkualiti, seperti selalu,” katanya.

Kamil turut menjelaskan bahawa keputusan kerajaan tidak mendedahkan laporan berkenaan sejurus selepas RCI selesai adalah atas pertimbangan pihak pengurusan Tabung Haji sendiri yang bimbang pendedahan segera boleh memberi implikasi terhadap keyakinan pendeposit serta keteguhan institusi itu.

Beliau berkata pertimbangan berkenaan perlu dilihat dalam konteks sentimen pasaran dan dunia pelaburan.

Dalam masa sama, Kamil berkata kedudukan Tabung Haji kini semakin pulih dengan institusi itu kembali mencatat keuntungan serta kedudukan aset yang telah mengatasi liabiliti.

“Kalau pun Pasir Mas tidak boleh menyanggah fakta, jangan pula bermain dengan sentimen dan emosi rakyat,” katanya.

Related Posts

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – Keputusan Anthony Loke untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan disifatkan sebagai langkah sukar yang mencerminkan kepimpinan berteraskan prinsip tanpa mengabaikan kepentingan pentadbiran kerajaan. Pengarah Dasar Kebangsaan DAP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

KERAJAAN perlu menjelaskan dengan tuntas apakah peruntukan undang-undang yang menjadi sandaran untuk melaksanakan keputusan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, persoalan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia