Hasil sektor hutan Pahang cecah RM80 juta

LIPIS – Hasil sektor perhutanan Pahang mencecah kira-kira RM80 juta setakat bulan ini sekali gus meletakkan kerajaan negeri optimis sasaran kutipan RM150 juta mampu dicapai menjelang akhir tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian semasa itu menunjukkan prestasi positif Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam mengurus sektor berkenaan secara terancang serta mampan.

Beliau berkata, hasil perhutanan negeri pada 2025 pula hampir mencecah RM150 juta, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sepanjang tempoh beliau menerajui kerajaan negeri.

Katanya, sebelum ini hasil perhutanan Pahang berada di bawah RM100 juta, namun jumlah berkenaan meningkat melebihi angka itu pada tahun lalu hasil pengurusan sektor tersebut yang lebih baik.

“Itu juga adalah rekod sepanjang saya menjadi ketua kerajaan negeri,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang 2026 di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, hari ini.

Wan Rosdy berkata, hasil yang diperoleh daripada sektor perhutanan dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan dan pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata, persepsi bahawa aktiviti pengurusan hutan hanya memberi kesan negatif kepada alam sekitar perlu diperbetul kerana ia dilaksanakan berdasarkan perancangan serta kawalan ketat.

“Apabila sampai masanya, pokok-pokok tersebut perlu ditebang. Apabila usianya mencapai tahap tertentu, kalau tidak ia akan reput begitu sahaja atau tumbang begitu sahaja dan yang ruginya ialah kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, Pahang bersyukur kerana masih mengekalkan 57.07 peratus kawasan hutan simpan daripada keseluruhan kira-kira 3.6 juta hektar keluasan negeri.

Katanya, kawasan hutan simpan itu bukan sahaja penting kepada rakyat Pahang, malah turut berperanan sebagai kawasan tadahan air yang memberi manfaat kepada negeri-negeri berhampiran.

Beliau berkata, kerajaan negeri tetap mempertahan kawasan hutan simpan walaupun menyedari terdapat kos melepas dari sudut hasil ekonomi yang boleh diperoleh sekiranya kawasan berkenaan dibangunkan.

“Kita tidak membuat keputusan berdasarkan emosi. Kita melihat apa yang baik dan apa yang buruk untuk rakyat serta masa depan negeri,” katanya.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET