Bonnie terima insentif RM500,000 daripada kerajaan Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif RM500,000 untuk jaguh angkat berat negara Bonnie Bunyau Gusti

Insentif lumayan tersebut merupakan penghargaan kerajaan Sarawak terhadap jasa Bonnie mengharumkan nama Sarawak di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, saya ingin mengumumkan hadiah lumayan kepada Bonnie dan berharap ini dapat mendorong altet muda para SUKMA untuk mencapai kejayaan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Para Sukma Sarawak 2024 di Stadium Tertutup Petrajaya pada Ahad.

Sementara itu, Abang Johari berkata Bonnie harus diambil sebagai contoh buat golongan OKU sekali gus mendorong mereka untuk berjaya.

“Kerajaan Sarawak akan terus memberi inisiatif dengan menghantar altet para yang berpotensi ke luar negara untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang sukan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar