Sarawak umum ambil alih Affin Bank minggu depan

KUCHING – Affin Bank menjadi milik kerajaan Sarawak selepas Bank Negara Malaysia (BNM) luluskan pegangan majoriti terbesar.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pengumuman rasmi itu bakal dibuat pada minggu hadapan.

“Selepas beberapa siri rundingan, kerajaan Sarawak diberi kelulusan oleh Bank Negara,” ujar beliau.

Tambah beliau, urusan pengambilalihan Affin Bank sudah pun selesai apabila Bank Negara memberi kebenaran tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 Rumah Panjang Entrie Lengkoi, Ulu Paku di Betong pada Sabtu.

Sementara itu, Abang Johari berkata sudah tiba masa Sarawak memiliki bank komersial sendiri.

“Sarawak sebelum ini pernah memiliki bank komersial tetapi pegangan tersebut hilang apabila diambil alih dari Semenanjung.

Jelas Abang Johari, kerajaan Sarawak meningkatkan pegangan blok saham Affin Bank kepada 30 peratus pada Julai lalu.

Setakat ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah pemegang saham terbesar Affin Bank dengan 28 peratus.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar