SAMArindok lestarikan budaya Melayu Sarawak

KUCHING – Penganjuran SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri III semestinya melestarikan kesenian budaya Melayu Sarawak.

Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datuk Abdul Wahab Aziz, penganjuran SAMArindok merupakan medium penyampaian mengenai budaya Melayu Sarawak.

“Peka dan prihatin terhadap pembangunan modal insan yang kreatif, berbudaya dan kesenian, maka AKYBMAS mencari medium mendidik segenap lapisan rakyat Sarawak terhadap budaya Melayu Sarawak,” ujar beliau.

Ujar beliau lagi, penganjuran majlis tersebut sudah menjangkau usia 10 tahun sejak 2014.

“Usaha AKYBMS untuk menonjol keberadaan kebudayaan Melayu Sarawak menerusi melestarikan seni dan budaya Melayu Sarawak,” jelas beliau.

Tambah beliau, persembahan kebudayaan pentas dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada audiens untuk memahami nilai estetika seni bangsa Melayu Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Penganjuran SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri III di Godown Amphiteater Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata penganjuran SAMArindok 2024 bertujuan melatihkan golongan belia dengan penyertaan persembahan kebudayaan Melayu Sarawak.

“Secara tidak langsung, acara ini dapat menarik perhatian pelancong ke Sarawak sambil memeriahkan suasana di Kuching,” ujar beliau.

Tambah beliau, penganjuran ini juga dapat mendedahkan penduduk di Kuching mengenai kebudayaan di Sarawak khususnya kebudayaan Melayu Sarawak.

SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak diadakan secara berkala iaitu tiga bulan sekali dan dilangsungkan di Godown Amphiteater Tebingan Sungai Kuching, Sarawak.

Pada siri kali ini, kumpulan perguruan silat dijemput untuk menonjolkan persembahan silat khas daripada perguruan masing-masing.

Antara peguruan silat yang dijemput ialah Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud (KJM DBKU), Perguruan Pencak Silat Warisan Spring 15, Kelab Silat Olahraga Selendang Abadi Jati dan Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak.

Majlis ini turut disajikan dengan persembahan menarik daripada Artis Budaya Badan Seni AKYBMS dan diharmonikan oleh Pemuzik Tradisional AKYBMS.

Turut hadir Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr. Sanib Said, Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman dan wakil dari Kementerian Belia, Sukan dan Keusahawanan Zulkarnain Ismail.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar