Lelaki menyamar Inspektor Polis ditahan

KOTA SAMARAHAN – Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana menyamar sebagai Pegawai Kanan Polis.

Pihak polis menahan lelaki tersebut bersama-sama seorang lelaki yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Bezza di hadapan Bangunan Teck Kong, Kota Samarahan.

Difahamkan Unit MPV (SAM 288) melakukan operasi rondaan cegah jenayah di sekitar Kota Samarahan.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), lelaki tersebut mendakwa bekerja di Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

“Apabila diminta menunjukkan kad kuasa polis, beliau hanya menyerah kad pengenalan awam dengan memberi alasan kad polis tertinggal di rumah.

Bagaimanapun, kad pengenalan awam milik suspek tersebut memaparkan nombor polis RF.

Hasil bantuan daripada anggota CPJ Balai Polis Kota Samarahan, siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah Pegawai Rendah Polis (PRP) yang bercuti selama dua minggu.

“Selain itu, siasatan juga mengesahkan PRP tersebut tidak hadir bertugas sejak Mac 2024.

Setakat ini, tiada laporan kehilangan kenderaan Perodua Bezza melalui semakan MCARD PDRM.

“PRP tersebut bersama-sama suspek ditahan dan beberapa barangan seperti kunci kereta, vest polis berpangkat Inspektor dan sarung hitam turut dirampas.

Manakala, kenderaan Perodua Bezza turut dirampas dan segala barang rampas di bawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR