Fuziah dilantik Setiausaha Agung PKR

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR baharu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Dalam Negeri.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Saifuddin melepaskan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada tugas sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, perkara itu antara penyusunan semula beberapa jawatan penting yang diputuskan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.

“Pada masa sama, jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang disandang Fuziah akan digantikan oleh Rizal Jamin.

“Untuk negeri Perak pula, Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Chang Lih Kang, manakala Lih Kang terus menjawat Naib Presiden PKR.

“Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak dan semua lantikan ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Selain itu, Nik Nazmi berkata MPP PKR turut bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dengan dianggotai Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Fuziah; Bendahari Agung, William Leong; Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita, Juwairiya Zulkifli, manakala Saifuddin dilantik sebagai penasihat.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Semangat kerjasama dan setiakawan dalam Kerajaan MADANI terus menjadi asas penting dalam pentadbiran negara meskipun parti-parti yang membentuk kerajaan mempunyai kekuatan politik yang berbeza di sesuatu kawasan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan