Pengundi muda Mahkota mahu apa?

KLUANG – Pengundi muda di DUN Mahkota menuntut sosok wakil rakyat yang bertanggungjawab dan menggalas amanah dengan sebaiknya.

Bahkan yang tidak hanya muncul sewaktu musim meraih undi semata-mata, sebaliknya sentiasa berada di lapangan menunaikan kehendak rakyat.

Rata-rata pengundi muda di Mahkota menuntut peluang pekerjaan yang lebih luas termasuk latihan kemahiran yang memberdaya anak muda untuk memajukan kehidupan.

Penduduk Kampung Semberong Lapis, Nur Shamimi Mohd Zailan, 21, berkata, sebagai pengundi muda dia mahukan peluang pekerjaan buat anak muda di kawasan berkenaan.

“Tak kisah kerja sambilan atau tetap, masih susah untuk dapat.

“Jadi saya harap wakil rakyat dapat menyediakan peluang pekerjaan buat anak muda. Dari segi pengambilan kerja tak kisah tetap atau part-time,” katanya ketika tinjauan.

Menurut Shamimi lagi, dia juga berharap wakil rakyat baharu ada inisiatif menyediakan latihan kemahiran memandangkan anak muda di situ ada yang sambung belajar dan ada yang tidak sambung.

“Jadi dengan kemudahan latihan kemahiran yang disediakan, anak muda boleh memajukan diri macam buat perniagaan sendiri

“Saya ucap semoga berjaya dan jadilah wakil rakyat yang berguna untuk masyarakat DUN ini,” ujar Shamimi lagi.

Pembantu restoran, Izwan Jamil, 23, pula berkata, dia sangat mengharapkan wakil rakyat yang mudah berurusan.

“Saya nak benda yang memudahkan untuk kita, biasa bila mengundi ni awal-awal saja tapi bila dah hujung-hujung muka pun tak nampak, kita nak dia senang dengan kita, kita senang dengan dia.

“Contoh dia boleh buat aktiviti yang gabungkan kita semua,” katanya.

Izwan juga menyuarakan agar wakil rakyat baharu kelak dapat membaik pulih kemudahan sukan dan rekreasi di DUN Mahkota.

“Kemudahan sukan dah banyak di sini, tapi ia tidak diselenggara dengana baik. Kemudahan sukan sedia ada pun banyak yang bermasalah, rosak macam gelanggang futsal banyak yang lantai, pagar dah rosak, sebab itu kami mahu ia diperbaiki.

“Dulu dengan sekarang berbeza, kalau dulu mungkin budak lebih kepada sukan, tapi sekarang budak lebih kepada main motor, lepak.

“Jadi nak tarik minat untuk sukan rasanya boleh tapi makan masa sikitlah, jadi kalau buat banyak pun kemudahan sukan, bagi saya membazir,” kata Izwan.

Sementara itu, pembantu kedai, Nurul Adila Shamsul Idham, 20, meminta agar infrastruktur di Mahkota diperbaiki memandangkan banyak kes jalan berlubang dan jalan dinaik taraf bagi mengurangkan kesesakan.

“Saya kali pertama mengundi. Infrastruktur perlu naik taraf lagi supaya kurangkan kesesakan. Lepas tu kalau boleh jalan-jalan dekat sini dibaiki segera…kita sebagai rakyat boleh nampak sendiri jalan berlubang-lubang.

“Kalau boleh nak naik taraf lagi. Sebab bila lalu tempat yang sama, keadaan sama, pihak sana (berwajib) tak nampak ke?

“Saya harap apa yang dijanjikan nanti dapat ditunaikan dan tanggungjawab dapat digalas dengan betul, pegang amanah dengan betul,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, golongan muda dilihat sebagai penentu pada PRK DUN Mahkota, selain faktor kesediaan calon dalam menyelesaikan permasalahan isu setempat dihadapi penduduk.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Ku Hasnan Ku Halim berkata golongan muda mendominasi jumlah pengundi iaitu lebih 52 peratus, menjadikan parti yang bertanding perlu bijak menambat hati mereka.

Related Posts

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

KUCHING – Peruntukan RM1.5 bilion bagi bantuan orang kurang upaya (OKU) serta penambahbaikan sokongan pendidikan khas dalam Belanjawan 2027 mencerminkan komitmen kerajaan memastikan golongan itu dan keluarga mereka terus mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga permohonan semakan kehakiman didengar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari