Zahid gesa KPM kembalikan peperiksaan tahun 6, tingkatan 3

DASAR pendidikan negara yang ketika ini tidak melaksanakan peperiksaan bagi Tahun 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 3 di sekolah menengah perlu dirombak bagi mengelakkan lebih ramai remaja keciciran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, keciciran itu melibatkan kira-kira 10,177 SPM tahun lepas, berpunca daripada masalah membaca, menulis dan mengira (3M).

Menurutnya dapatan itu, diperoleh hasil perbincangan bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, sebelum ini.

“Ekoran itu, wajib dasar pendidikan yang tidak ada peperiksaan untuk Darjah 6 (di sekolah rendah) dan Tingkatan 3 (sekolah menengah) dan hanya ada (peperiksaan) Tingkatan 5 mesti dirombak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-78 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, yang turut dihadiri Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran, semalam.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) diumum dimansuhkan sepenuhnya pada 2022 oleh Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, dan digantikan dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, manakala PT3 dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Ahmad Zahid berkata, seharusnya dasar pendidikan kekal dan tidak berubah walaupun berlaku pertukaran kerajaan dan kepimpinan, supaya pelajar dan anak murid tidak dijadikan sebagai bahan uji kaji.

“Biar kerajaan dan pemimpin bertukar tetapi dasar pendidikan kebangsaan mestilah dibuat agar anak kita tidak menjadi mangsa,” katanya.

Terdahulu, Vigneswaran dalam ucapannya memohon kerajaan untuk mencari jalan bagi memulihkan semula imej sistem pendidikan negara, susulan ramai pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata, isu keciciran pelajar yang tidak mendaftar dan menduduki SPM, turut mencetuskan kebimbangan, dalam usaha negara berinspirasi mencapai status negara maju, katanya.

Related Posts

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

PELANTIKAN seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), Puan Ong Ling Loong, sebagai Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya diraikan sebagai satu perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak