RM16.9 juta disalur kerajaan negeri untuk NGO Johor

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sentiasa komited membantu pelbagai institusi termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan pelaksanaan pertubuhan, visi dan misinya tercapai.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sejak tahun 2022 hingga hingga kini, pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM16.9 juta dengan melibatkan 105 NGO di seluruh Johor.

“Saya yakin bantuan ini akan memberi impak positif, sekaligus membantu mereka melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang bermanfaat untuk masyarakat setempat.

“Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan komuniti, sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan serta keharmonian masyarakat di negeri,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, beliau memuat naik kehadirannya dalam Program Jalinan Rakyat Bersama Masyarakat India Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, semalam.

Ujarnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha memperkukuh, menyokong dan menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat di Johor termasuklah masyarakat India, dengan pelbagai inisiatif yang disalurkan demi kesejahteraan mereka.

“Antara usaha utama yang dilaksanakan termasuklah penyelesaian isu tapak khairat, tanah, rumah ibadat dan tapak perkuburan.

“Selain itu, sokongan kewangan bagi pembinaan dewan sekolah dan infrastruktur penting yang lain, yang semuanya memberi manfaat besar kepada masyarakat India di Johor,” katanya.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi