Pelesenan media sosial hapuskan pengaruh, budaya buli siber

PUTRAJAYA – Walaupun tidak mempunyai istilah khusus apa yang dimaksudkan dengan buli siber, hari ini dapat difahami ia adalah perbuatan menggunakan teknologi digital untuk mengganggu, mengugut, memalukan atau menyakiti jiwa individu lain.

Ia termasuk mesej atau komen kasar di media sosial, emel mengancam, penyebaran khabar angin dalam talian atau mendedahkan maklumat peribadi seseorang, sama ada dikenali atau tidak tanpa izin.

Walaupun netizen Malaysia yang dikenali dengan nama ‘tentera bawang’ di media sosial kedengaran agak lucu, namun hasilnya, negara menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber berdasarkan dapatan kajian dilaksanakan Institut Kajian Pasaran (IPSOS).

Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.

Sehubungan itu, pada sesi sidang Dewan Rakyat Julai lalu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumumkan, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala berkenaan.

Terbaharu pada 15 Ogos lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian dijangka dapat dibentang pada sidang Parlimen akan datang.

Rang undang-undang itu kini sedang diperhalusi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melesenkan platform media sosial sebagai usaha mengatasi masalah tersebut.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, langkah kerajaan mahu mewajibkan semua perkhidmatan media sosial memohon lesen merupakan usaha strategik yang mampu mengawal salah laku seperti buli siber dan ancaman subversif di platform itu.

“Hasrat kerajaan itu akan memudahkan pengawalan dan kerjasama di antara kerajaan dengan platform media sosial sekiranya berlaku salah laku. Ini penting kerana kita memerlukan banyak lagi ruang yang boleh digunakan untuk memastikan keselamatan di platform tersebut.

“Ini terutamanya, dalam membanteras isu buli siber, ancaman subversif dan seumpamanya. Ia juga akan membuka laluan untuk kerjasama lebih rapat antara kerajaan dan pengendali platform dalam membangunkan indikator atau sistem amaran awal kepada pengguna,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Nirwandy menegaskan keperluan mewujudkan
elemen gerak saraf bagi memastikan algoritma positif dapat dicipta yang dibangunkan bersama antara kerajaan serta platform media sosial.

“Ini perlu dilaksana agar kandungan disebarkan lebih positif dan berfokus kepada nilai kemanusiaan dan perpaduan. Platform media sosial juga harus membantu kerajaan dan masyarakat dalam menunjukkan atau mempromosikan nilai atau algoritma positif ini,” katanya.

Sementara itu, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohd Khairie Ahmad berkata,
langkah diambil kerajaan bukan bersifat mengongkong kebebasan berkomunikasi masyarakat, namun sebagai strategi untuk mengukuhkan tahap kebertanggugjawaban kerajaan terhadap risiko penggunaan media baharu, sehingga membawa kepada perbuatan buli siber.

“Kebanyakan platfom media baharu meraih pendapatan dan keuntungan besar, seharusnya bergerak dalam kerangka yang dapat memastikan mereka dalam masa sama, melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral.

“Mereka tidak boleh hanya ghairah mengejar keuntungan tanpa mengambil tanggungjawab bagi memastikan kandungan dihasilkan oleh netizen di platform mereka adalah sihat. Langkah pelesenan ini secara tidak langsung dapat memantapkan tahap kepercayaan terhadap platform-platform media sosial melalui tapisan kendiri,” katanya.

Sehubungan itu, usaha dilaksana Kerajaan Madani, khususnya menerusi Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital haruslah disokong untuk memperkukuh perundangan yang sedia ada atau memperkenalkan undang-undang baharu pada masa hadapan khususnya mengenai buli siber.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu